Isnin, 4 November 2013

AYAM GOLEK PENGANTIN

Bahan-bahan:-
2 ekor ayam
40g bawang putih dimayang
150g bawang merah dimayang
40g halia dihiris
50g rempah basah
½ tin minyak sapi
Garam dan gula secukup rasa
2 biji kelapa diambil santan pekat
100g jintan manis
100g jintan putih
2 helai daun pandan
3 tangkai cili merah
3 biji tomato
20g serbuk kunyit
Bunga cengkih, lawang, kulit kayu manis

Cara memasak:-
Ayam dibersihkan
Tumiskan bawang merah dan putih, halia, rempah basah, bunga cengkih, bunga lawang dan kulit kayu manis
Masukkan santan pekat dicampur bersama jintan manis, jintan putih dan biarkan sehingga mendidih
Masukkan ayam diikuti garam dan gula secukup rasa
Potong cili dan tomato dan masukkan dalam ayam tadi

Letakkan ayam di atas talam dan bakar dalam ketuhar beberapa minit hingga kekuningan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan