Isnin, 4 November 2013

DAGING MASAK PORTUGIS

Bahan-bahan:-
600g daging
1 bungkus kecil cili boh
10 ulas bawang merah
1 camca besar biji sawi
2 batang serai dititik
1 ½ cm halia
1 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
1 camca besar marjerin
5 camca besar minyak masak
Garam, cuka dan gula ikut rasa

Cara memasak:-
Daging dipotong sesedap hati dan direbus hingga empuk
Mayang 4 ulas bawang merah dan bakinya digiling bersama halia dan biji sawi
Panaskan minyak masak bersama marjerin
Tumis bawang dimayang sampai kuning baru masukkan bahan yang digiling kacau sehingga naik bau
Masukkan cili boh dan dikacau sampai garing
Masukkan daging dan santan cair, biar mendidih
Masukkan santan pekat, garam,cuka, gula sesedap rasa
Sudah masak, angkat


Tiada ulasan:

Catat Ulasan