Khamis, 7 November 2013

AYAM PATISKI

Bahan-bahan:-
2 ekor ayam dipotong empat
2 gelas santan
2 helai daun salam
2 helai daun limau purut
4 biji tomato dipotong empat
4 biji kentang dipotong memanjang dan goreng garing
1 bawang besar, hiris dan digoreng
Segenggam bawang merah, hiris dan goreng
½ cawan air asam jawa
Garam, lada dan gula secukupnya

Bahan giling:-
20 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
20 biji cili kering
6 hiris halia
8 biji buah keras
2 batang serai
1 inci lengkuas

Cara membuat:-
Gaul ayam bersama bahan giling tadi dan perapkan sebentar
Masukkan daun salam dan daun limau purut
Panaskan kuali dan masukkan bawang besar, ayam yang diperap dan kacau rata
Masukkan santan, air asam jawa, garam, gula dan tudungkan kuali
Masak hingga ayam empuk dan kuah pekat
Masukkan kentang dan tomato, kacau rata
Hiaslah dengan kacang pis dan hidang


Tiada ulasan:

Catat Ulasan