Bahan-bahan:-
200g sengkuang cina
½ tin jagung
½ cawan biji sagu
5 cawan santan yang dimasak hingga naik wap bersama daun
pandan
1 ½ cawan gula pasir jika suka manis boleh tambah gula
Tepung sagu, garam dan warna merah secukupnya
Cara membuat:-
Sengkuang dikupas kulit dan didadu kecil
Warnakan dan digolek dalam tepung sagu hingga rata
Masak air hingga mendidih, masukkan sengkuang dan masak ia
hingga timbul
Angkat dan rendam dalam air sejuk
Sagu dicelur hingga masak dan tapis
Ambil mangkuk, bubuh santan yang dimasak bersaam gula dan
garam
Bubuh jagung, sengkuang dan sagu. Boleh dimakan ketika
sejuk
Tiada ulasan:
Catat Ulasan