Isnin, 4 November 2013

DAGING GORENG BERCILI

Bahan-bahan:-
600g daging (dibersih dan dipotong sesuka hati)
20-25 tangkai cili kering
5 ulas bawang putih
15 ulas bawang merah
1cm halia
1cm lengkuas
15 biiji buah keras
 6 camca minyak masak
Sedikit air asam jawa
Garam secukup rasa

Cara memasak:-
Cili, bawang putih, bawang merah, halia, lengkuas dan buah keras digiling halus
Panaskan minyak didalam kuali dan tumis bahan yang digiling tadi
Apabila naik bau, masukkan daging dan kecilkan api

Bila daging empuk, masukkan air asam jawa dan garam dan masak sehingga mendidih

Tiada ulasan:

Catat Ulasan