Isnin, 4 November 2013

KARI DAGING KERING

Bahan-bahan:-
600g daging
2 camca besar kismis
2 camca besar rempah kari
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1cm halia
3 camca besar minyak sapi
Garam secukup rasa
Sedikit daun kari

Cara memasak:-
Daging dibersih dan dipotong nipis selebar empat jari
Bawang putih dan merah, halia ditumbuk hingga hancur
Kismis ditumbuk hingga lumat
Panaskan minyak dalam periuk, tumis bawang dan halia yang ditumbuk dengan daun kari hingga kuning dan berbau wangi
Masukkan rempah kari dan kacau hingga naik bau
Kecilkan api, masukkan daging  sambil dikacau dan masukkan kismis dan secukup air
Biar mendidih perlahan-lahan hingga daging empuk dan kering kuahnya tetapi nampak basah
Bila menghidang, tabur bawang goreng dan badam goreng di atasnya


Tiada ulasan:

Catat Ulasan