Jumaat, 1 November 2013

KUTUGAL

Bahan-bahan:-
600g ubi kayu
6 biji pisang raja yang masak dibuang kulitnya
Daun pisang untuk menggulung kuih

Bahan A:-
2 camca besar tepung kanji/ jagung
2 camca besar air pandan pekat
3 camca besar santan pekat
3 camca besar gula pasir
¼ camca teh garam
Sedikit pewarna hijau

Cara membuat:-
Parut ubi kayu,perah dan simpan airnya 20 minit
Buang airnya dan ambil tepung kanjinya
Campur ubi kayu, tepung kanji dan bahan A, gaul rata
Letakkan campuran tadi di atas daun pisang dan ratakan
Letak pisang di tengahnya dan gulung ketat-ketat
Kukus ½ jam dan keluarkan
Buang daun pisang, sadurkan dengan kelapa parut

Sejukkan dan potong

Tiada ulasan:

Catat Ulasan