Selasa, 12 November 2013

RENDANG HITAM NOGORI

Bahan-bahan:-
1 kati/500g daging dipotong kecil
3 mangkuk santan
1 helai daun kunyit disiat
1 batang serai
6 ulas bawang merah dimayang
1 inci halia dihiris halus
1 camca besar rempah kari daging
15 biji cili kering digiling lumat
Sedikit garam

Cara memasak:-
Kesemua bahan ini kecuali santan dijerang di dalam kuali hingga kering airnya
Bila sudah kering, masukkan santan dan kacau sekejap
Apabila hampir kering,api dikecilkan
Kacau sehingga hitam tetapi jangan hangus
Siap dihidangkan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan