Isnin, 4 November 2013

SAYUR GORENG PERPADUAN

Bahan-bahan:-
Sebatang kailan
Sebatang lobak merah
1 tin cendawan butang
3 keping cendawan telinga kera direndam hingga kembang
10 biji telur puyuh direbus
25g kacang sepat
1 biji cili benggala
1 labu bawang putih ditumbuk lumat
1.2cm halia ditumbuk lumat
25g udang hidup
2 ketul hati ayam
2 ekor sotong dibuang kulit dan dipotong segiempat

Cara memasak:-
Kailan, lobak merah, cendawan butang, cili hijau, kacang sepat, dan cendawan telinga kera dipotong kecil
Udang hidup dibersihkan dan ayam dipotong kecil-kecil
Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang ditumbuk bersama hati ayam, udang, sotong dan garam secukupnya
Tambah secamca teh minyak bijan dan masukkan sayur jenis keras diikuti semua cendawan
Kemudian tambah pula bancuhan ½ camca besar tepung jagung dan ½ cawan air ke dalam sayuran ini sambil dikacau hingga masak
Akhir sekali baru masukkan telur puyuh dan angkat


Tiada ulasan:

Catat Ulasan