Isnin, 11 November 2013

TERUBUK BAKAR BERKUAH PECAL

Bahan-bahan:-
1 ekor ikan terubuk siang, jangan dibuang sisik
3 cawan santan daripada 1 biji kelapa
Garam ikut rasa

Bahan digiling lumat:-
4 tangkai cili merah
10 tangkai cili api
2.5cm belacan dibakar
5 helai daun cekur

Cara membuat:-
Basuh ikan bersih-bersih dan bakar hingga masak baru dibuang sisik
Masukkan bahan giling ke dalam santan dan jerang atas api hingga naik wap
Masukkan garam dan tutup api
Apabila hendak dimakan baru tuang kuah santan ke atas ikan bakar
Kalau suka boleh perahkan limau nipis


Tiada ulasan:

Catat Ulasan