Isnin, 4 November 2013

AGAR-AGAR KOKO

Bahan-bahan:-
1 tahil agar-agar
3 ½ gelas air
1 ½ gelas gula
3 camca besar koko
Sedikit pewarna kuning
1 tin susu cair
1 camca teh esen vanila
3 biji telur

Cara membuat:-
Masak agar-agar bersama air hingga hancur
Telur dan gula dipukul hingga kembang baru masukkan susu cair dan vanila
Tapiskan agar-agar ke dalam bekas berisi adunan telur dan kacau perlahan-lahan hingga menjadi suam-suam kuku
Bahagikan kepada 2 bahagian, sebahagian warna kuning dan sebahagian warna koko
Gunakan acuan bulat ataupun mangkuk dan masukkan 2 adunan ini berselang seli dengan camca hingga habis
Biarkan sejuk dan keras baru dikeluarkan dari acuan dan hias dengan ceri merah


Tiada ulasan:

Catat Ulasan