Isnin, 4 November 2013

BERGEDEL CANTIK MANIS

Bahan-bahan:-
400g daging lembu
4 ulas bawang merah
1 biji telur dipukul kembang
Sedikit serbuk buah pala
Serbuk lada hitam
Serbuk jintan manis
Garam
2 tangkai daun sup dan daun bawang

Cara membuat:-
Daging dibersihkan dan dikisar
Bawang merah digiling bersama serbuk buah pala, lada hitam, serbuk jintan manis hingga lumat
Daun sup dan daun bawang dimayang halus dan digaulkan bersama bahan yang digiling dan daging kisar
Bulat-bulatkan adunan ini sebesar ibu jari
Panaskan minyak dan celupkan adunan bergedel ini kedalam telur baru goreng
Setelah kuning angkat dan hidangkan bersama sos


Tiada ulasan:

Catat Ulasan