Jumaat, 8 November 2013

AYAM PANGSIT

Bahan-bahan:-
15-20 helai kulit pangsit (campuran tepung terigu dan telur)
1 potong paha ayam
1 biji bawang Bombay
Garam dan lada sulah secukup rasa
Sedikit daun bawang

Cara membuat:-
Paha ayam dibuang tulangnya dan dicincang halus
Bawang Bombay juga dihiris halus
Daun bawang dibersihkan dan dipotong bulat
Campurkan semua bahan kecuali kulit pangsit  dan gaul rata
Isikan setiap camca teh campuran bahan tadi pada kulit pangsit mengikut bentuk sendiri
Panaskan minyak dan goreng pangsit tadi hingga kuning
Angkat dan hidangkan bersama sos cili


Tiada ulasan:

Catat Ulasan