Selasa, 5 November 2013

BAMIAH KAMBING

Bahan-bahan:-
450g daging kambing
40g minyak sapi
300g kacang bendi dibelah dua
1 tin susu cair
3 biji bawang besar dipotong dadu
½ botol sos tomato
1 batang daun ketumbar
1 camca besar gula
Garam secukup rasa

Bahan digiling halus:-
1 camca besar jintan manis
1 camca besar jintan putih
1 camca teh lada putih
6 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2cm halia

Cara membuat:-
Gaul daging bersama bahan giling
Panaskan minyak sapi dan goreng daging sehingga wangi
Masukkan 2 gelas air bersama garam
Bila daging separuh masak, masukkan santan
Didihkan sehingga daging empuk dan masukkan kacang bendi, sos tomato, bawang besar dan kacau rata
Kemudian masukkan daun ketumbar dan angkat daripada api
Hidangan untuk 6 orang


Tiada ulasan:

Catat Ulasan