Selasa, 5 November 2013

RENDANG HATI

Bahan-bahan:-
600g hati lembu segar dipotong
2 batang serai
2 hiris lengkuas
1 kiub pati lembu
½ cawan kacang goreng ditumbuk menjadi serbuk
7 camca besar minyak masak
2 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
2 helai daun kunyit
3 camca asam jawa
20 tangkai cili kering digiling halus

Bahan rempah digiling:-
20 tangkai cili padi
1 hiris kunyit
2cm lengkuas
6 ulas bawang putih
20 ulas bawang merah

Cara membuat:-
Masukkan hati, cili kering, kiub pati lembu, garam, serai, lengkuas, asam jawa, santan cair dalam periuk dan masak menggunakan api perlahan
Panaskan minyak dalam kuali dan goreng rempah giling sehingga wangi
Masukkan hati yang dimasak tadi dan kacau sebati
Tuangkan santan pekat dan kacau lagi 7 minit
Angkat daripada api dan masukkan serbuk kacang goreng

Hidangan untuk 6 orang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan