Isnin, 18 November 2013

BISKUT BIJAN

Bahan-bahan:-
160g mentega
60g lemak sayur
180g gula halus
250g biji bijan yang disangai

Bahan A:-
600g serbuk santan
100g tepung beras
180g tepung gandum diayak
2 camca teh serbuk penaik
1/8 camca teh garam

Bahan B:-
1 camca teh esen vanila
½ camca teh susu manis pekat
1 biji telur ayam kecil dipukul sedikit

Cara membuat:-
Mentega dan lemak sayur dikacau hingga sebati baru dimasukkan dalam bahan A
Gaul dan ramaskan campuran tadi menjadi seperti serbuk roti
Masukkan gula dan gaul hingga sebati
Masukkan bahan B dan terus gaul menjadi satu doh
Bentukkan doh menjadi bebola kecil kemudian golekkkan dalam bijan
Letak doh yang digolekkan tadi atas dulang pembakar yang disapu minyak
Bakar dalam ketuhar 190 darjah celcius selama 12 hingga 15minit


Tiada ulasan:

Catat Ulasan