Selasa, 5 November 2013

BUAH MELAKA

Bahan-bahan:-
1 bungkus tepung pulut
2 keping gula melaka
1 biji kelapa parut, putihnya saja
5 helai daun pandan diambil airnya

Cara membuat:-
Tepung pulut dibancuh bersama air pandan hingga basah
Gula melaka dipotong dadu
Gula melaka dibungkus dalam adunan tepung pulut yang diuli sebesar guli
Jerang air hingga mendidih baru masukkan adunan tepung yang diuli tadi
Masak hingga timbul adunan tadi
Gaulkan dengan kelapa parut putih


Tiada ulasan:

Catat Ulasan