Jumaat, 8 November 2013

GETUK LINDRI

(untuk 8 orang)
Bahan-bahan:-
1kg ubi kayu
½ camca teh vanila
½ camca teh pewarna merah
1 camca teh serbuk coklat
½ camca teh garam
½ biji kelapa diparut memanjang
100g gula putih
100g gula merah

Cara membuat:-
Ubi dikupas lalu dipotong dan cuci sehingga bersih kemudian dikukus dan dimasak
Sesudah ubi empuk, tumbuk halus dan jadikan dua bahagian
Sebahagian diwarnakan merah dan satu lagi warna coklat
Untuk bahagian merah, campurkan gula pasir, vanila dan gaulkan rata
Warna coklat pula dicampurkan gula merah dan serbuk coklat, garam dan gaul rata
Taburkan kelapa parut putih di atasnya dan hidangkan


Tiada ulasan:

Catat Ulasan