Jumaat, 8 November 2013

SALAK IKAN KEMBUNG

Bahan-bahan:-
600g ikan kembung
Sedikit daun kesum
½ biji kelapa parut
Sedikit garam

Bahan digiling:-
1 camca teh lada hitam
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih

Cara membuat:-
Ikan dibersihkan dan dipicit-picit supaya isinya hancur
Kemudian belah tulang belakangnya dan buang semua tulangnya
Isi ikan dikeluarkan tadi dicampur kelapa parut, bahan digiling, daun kesum yang dimayang
Gaul bersama sedikit garam
Isikan semula gaulan isi ikan tadi di dalam kulit ikan tadi, cantumkan betul-betul
Goreng hingga garing
Ikan ini sedap dimakan bersama air asam



Tiada ulasan:

Catat Ulasan