Khamis, 7 November 2013

GOULASH

Bahan-bahan:-
500g daging bulat atau daging bahu dipotong dadu
2 camca besar minyak masak
1 camca teh garam
¼ camca teh lada hitam
1 biji bawang besar dihiris nipis
2 helai daun salam
1 camca besar gula merah
2 cawan air
2 camca besar tepung gandum
1 camca besar paprika
¼ cawan air sejuk
1 camca besar cuka

Cara membuat:-
Panaskan minyak dalam kuali, goreng daging bersama garam dan lada
Tutup dengan bawang,daun salam dan gula dan tuang air atasnya
Tudung dan biarkan mereneh 1 ½ jam
Keluarkan daun salam
Gaul tepung,paprika, air dan cuka dan masukkan dalam stew daging tadi
Kacau dan masak lagi 10 minit sampai pekat
Hidangkan bersama kentang lecek dan mee



Tiada ulasan:

Catat Ulasan