Khamis, 7 November 2013

UDANG MASAK TIMUN

Bahan-bahan:-
1 biji timun dihiris
5 biji bawang merah dihiris
1 cili hidup dihiris
1 inci belacan dibakar
¼ cawan udang basah
Garam secukup rasa
1 camca teh air limau nipis
Secawan santan pekat

Cara membuat:-
Gaulkan garam pada timun dan biarkan 15 minit, baru diperah air dari timun
Tuang santan dalam periuk bersama air timun dan didihkan
Masukkan udang dan bila masak, diangkat
Bancuh belacan bersama sedikit santan tadi dan masukkan dalam udang tadi
Masukkan cili, bawang merah, timun dan air asam limau nipis, kacau rata
Tuangkan dalam pinggan dan biarkan sejuk


Tiada ulasan:

Catat Ulasan