Selasa, 5 November 2013

IKAN RAMPAI-RAMPAI

Bahan-bahan:-
½ cawan santan pekat
600g ikan tenggiri
20 ulas bawang merah dimayang
3 batang serai diracik
6 helai daun limau purut disiat-siat
6 biji limau purut diambil air perahan
1 camca teh gula
7 camca besar minyak masak
Garam secukup rasa

Bahan giling:-
20 tangkai cili hidup
10 tangkai cili api

Cara membuat:-
Tumis serai diikuti bawang dan kedua-dua cili giling
Goreng sehingga wangi
Masukkan garam dan gula baru dimasukkan ikan
Masukkan daun limau purut, santan dan angkat dari api
Perah limau nipis di atasnya
Hidangan untuk 6 orang


Tiada ulasan:

Catat Ulasan