Bahan-bahan:-
2 keping isi ikan jenahak/ merah setiap satu 200g
1 biji bawang besar dimayang
3 hirisan lemon
3 tangkai parsli
1 helai daun salam
1 camca teh garam
2 biji lada putih/ hitam
¾ cawan udang sudah dimasak lebih kurang 12 ekor
Mentega lembut
Sos cendawan New Orleans (resipi dibawah)
Cara membuat:-
Masukkan air ke dalam kuali besar lebih kurang separas
3.2cm
Masukkan semua bahan dan masak hingga mendidih
Potong dua isi ikan, atur di dalam kuali dan tutup, masak
3 minit
Simpan ½ cawan air rebusan ikan tadi
Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah Celcius
Sediakan sos cendawan New Orleans
Potong 4 keping kertas timah tebal berukuran 30cm x 20 cm
Sapu mentega di bahagian atas kertas timah dan letakkan 3
camca besar sos cendawan New Orleans
Letakkan sekeping ikan di atas sos tadi, diikuti 3 ekor
udang dan 1 camca besar sos cendawan New Orleans
Lipatkan kertas timah ditengah-tengah supaya menutupi ikan
dan lipatkan bahagian tepi supaya tidak bocor
Letakkan 4 bungkus kertas timah di atas dulang dan bakar
20 minit
Untuk menghidang, potong bungkusan tadi di sebelah atas
dan lipat
Sos cendawan New
Orleans:-
Bahan-bahan:-
½ cawan stok ikan yang disimpan tadi
1 kiub stok ayam
3 camca besar mentega
3 camca besar tepung gandum
¼ cawan teh garam
1/8 camca teh garam saderi (celery salt)
½ cawan susu
90g hirisan cendawan yang telah ditoskan
Cara membuat:-
Masak stok ikan hingga mendidih
Masukkan stok ayam, kacau dan ketepikan
Panaskan metega dalam ceper kecil
Masukkan tepung gandum dan serbuk lada hitam
Kacau di atas api perlahan sehingga ia rata dan berbuih,
baru angkat
Masukkan susu dan air stok lalu dikacau
Panaskan di atas api sambil dikacau selalu sehingga
mendidih seminit
Masukkan cendawan dan masak hingga pekat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan