Isnin, 11 November 2013

KEK COKLAT BERPISANG

Bahan-bahan:-
6 biji telur
100g gula halus
40g tepung gandum
60g susu cair
1 camca teh vanila
1 camca teh serbuk penaik
6 biji pisang dihiris bulat (pisang raja/tanduk/berangan)

Cara membuat:-
Pukul telur dan masukkan gula lalu dipukul hingga betul-betul naik
Masukkan tepung, susu, serbuk penaik, vanila dan kacau rata
Alaskan tin pembakar 25cm x 25cm dan aturkan pisang lalu dituang adunan
Atur lagi pisang diatas adunan tadi baru dibakar hingga masak
Keluarkan dan biarkan sejuk baru dituang agar-agar jernih

Cara membuat agar-agar jernih:-
1 bungkus agar-agar dimasak bersama 187.5 ml air baru dimasukan 75g gula dan biarkan mendidih
Sejukkan agar-agar itu baru dituangkan ke atas kek tadi


Tiada ulasan:

Catat Ulasan