Isnin, 11 November 2013

MEE SIAM BERKUAH

Bahan-bahan:-
1 bungkus bihun direndam hingga lembut
500g tauge
Sedikit daun kucai
1 tin puri tomato
3 ulas bawang putih
1 camca besar minyak

Cara membuat:-
Panaskan minyak dan tumis bawang putih
Masukkan puri tomato dan bihun lalu dikacau dan digoreng masak
Tutup api dan masukkan daun kucai yang dihiris

Bahan kuah:-
3 camca asam jawa diambil air perahan
3 camca sedang kacang tanah digoreng dan dikisar halus
Gula dan garam
7 cawan air

Bahan kuah dikisar halus:-
30 tangkai cili kering
15 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
100g udang kering
3 camca sedang taucu

Cara membuat kuah:-
Panaskan minyak dan tumis semua bawang
Masukkan air asam jawa, kacau rata
Masukkan taucu dan udang kering
Apabila rata masukkan air lagi dan biarkan mendidih
Masukkan kacang tanah goreng, garam, gula secukup rasa dan biarkan mendidih
Letakkan mee dihiasi telur rebus, cili potong, tauhu goreng, limau kasturi baru dituang kuahnya


Tiada ulasan:

Catat Ulasan