Jumaat, 1 November 2013

KUIH BONGKONG

Bahan-bahan:-
150g tepung beras
1 biji kelapa besar
875ml air
¼ camca teh garam
5 helai daun pandan
5 camca besar gula merah dicincang halus
2 camca besar gula pasir
Beberapa helai daun pisang 20cm x 40cm dilayur

Cara membuat:-
Perah santan menggunakan 875ml air
Campurkan kedua-dua jenis gula
Bancuh tepung beras dengan santan, air, daun pandan dan tapiskan
Masak sehingga adunan pekat seperti kanji, padamkan api dan keluarkan daun pandan
Bubuh secamca besar adunan di atas pisang diikut secamca besar gula
Bungkus dan semat dengan lidi
Buat begitu sehingga adunan habis
Kukus selama 20 minit


Tiada ulasan:

Catat Ulasan