Jumaat, 1 November 2013

PULUT TEKAN BERSERI KAYA

Bahan-bahan:-
1kg pulut direndam semalaman bersama sedikit kapur
2 biji kelapa parut untuk mendapatkan 850ml santan
6 helai daun pandan
2 ¼ camca teh garam
50 kuntum bunga telang
100ml air
¼ camca teh air limau
2 helai daun pisang

Cara membuat:-
Masak bunga telang bersama air sehingga pekat
Toskan pulut dan tuang santan ke pulut
Masukkan garam dan kacau baru dibubuh daun pandan dan kukus ¾ jam
Kacau, perah air limau pada air bunga telang untuk mengekalkan dan mencantikkan warnanya
Tuang sedikit-sedikit air bunga telang tadi ke atas pulut yang sudah masak(jangan digaulkan)
Kukus lagi 15 minit
Tekan-tekan pulut dengan daun pisang supaya mampat dan letakkan sesuatu yang berat diatasnya
Biarkan empat jam baru dipotong segiempat
Hidangkan bersama seri kaya

SERI KAYA
Bahan-bahan:-
4 biji telur
1 ½ cawan gula
1 biji kelapa diambil pati santan
6 helai daun pandan
Beberapa titis pewarna kuning

Cara membuat:-
Ketepikan tiga cawan besar gula untuk membuat gula hangus
Bancuh gula dan telur
Masukkan santan, daun pandan, pewarna kuning dan kacau sebati baru ditapis
Tuangkan ke dalam mangkuk  dan masukkan ke dalam pengukus
Goreng tiga cawan gula tadi sehingga larut dan kacau sehingga perang warnanya
Tuang ke dalam campuran telur, gula, santan dan kacau sebati
Kukus di atas api sederhana selama 15 minit

Kacau rata-rata dan kukus sejam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan