Bahan-bahan:-
1 ekor ayam
½ cawan minyak salad
1 tin kecil susu cair campur dengan ½ biji limau nipis
1 bungkus rempah kurma
2 biji bawang besar dibelah empat
5 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga
½ cawan kacang disangai dan ditumbuk halus
2 camca teh air mawar
1 ½ camca besar garam
½ biji kelapa dibuat kerisik
1 cawan pati santan
4 camca besar sos tomato
1.75cm kayu manis
Bahan digiling
halus:-
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2.5cm halia
Cara membuat:-
Ayam dipotong dan dibersihkan
Gaulkan bersama bahan digiling tadi, sos tomato, rempah
kurma dan perap 10 minit
Tumis ayam perap, masukkan bunga cengkih, kulit kayu
manis, buah pelaga dan secawan santan pekat
Apabila daging ayam empuk baru masukkan susu campur,
bawang besar, kacang serta kerisik
Biarkan kuahnya pekat baru masukkan air mawar dan kacau
rata hingga masak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan