Isnin, 11 November 2013

LAPIS BERBUNGA

Bahan-bahan:-
14 biji kuning telur disejukkan
4 biji putih telur disejukkan
210g mentega
100g gula halus
75g tepung gandum
35g air sejuk
2 camca sedang susu manis
1 camca sedang serbuk ovalette
1 camca teh pes strawberi
½ camca teh vanila
Sedikit pewarna merah

Cara membuat:-
Mentega dan susu dipukul hingga putih baru masukkan vanila
Telur, ovalette, gula, air, tepung dipukul hingga naik dan pekat
Masukkan mentega dan gaul rata
Keluarkan lima senduk adunan dan masukkan pes strawberi serta pewarna merah lalu digaul rata
Adunan ini dimasukkan ke dalam loyang kecil bentuk bunga 5cm dan bakar hingga masak
Keluarkan dan masukkan inti bunga di tengahnya
Lebihan adunan tadi dibakar dalam loyang 10cm x 20cm lalu dibakar selapis selapis
Setiap lapis dua camca besar adunan dan gunakan api atas
Setelah 4 lapis, masukkan kek berbentuk bunga tadi dan teruskan bakar selapis-selapis hingga habis

Inti bunga:-
50g kismis hitam
25g badam bakar
12.5ml air
1 biji kuning telur
½ camca teh serbuk koko
Sedikit vanila
Kismis dan badam dikisar dan semua bahan ini dimasak menggunakan api perlahan



Tiada ulasan:

Catat Ulasan