Isnin, 11 November 2013

MEE JAWA

Bahan-bahan:-
600g mee kuning dicelur
2.5cm lengkuas dititik
2 batang serai dititik
1 camca besar kacang tanah digoreng dan ditumbuk
2 camca sedang minyak untuk menumis
4 camca sedang tepung gandum

Bahan digiling halus:-
1 camca besar Grago
1 camca besar ikan bilis
1 camca besar taucu
2 hiris halia
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
7 tangkai cili kering
1 camca besar rempah kari ikan

Cara membuat:-
Panaskan minyak dan tumis bahan giling hingga wangi
Masukkan air, biar mendidih baru masukkan garam dan sedikit gula
Masukkan pula tepung gandum yang dibancuh dengan air
Pekatkan kuah itu ikut citarasa baru masukkan kacang dan biarkan mendidih

Apabila dihidangkan, letakkan sedikit tauge celur, tauhu goreng, daun bawang, daun saderi, cili hijau dan taburkan bawang goreng di atas mee dan tuangkan kuahnya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan