Bahan-bahan:-
600g mee kuning atau mihun
Sedikit tauge
1 keping daging ayam (bahagian dada)
5 keping tauhu yang digoreng
5 cawan santan
Bahan giling:-
5 batang serai
Sehiris lengkuas
Sehiris halia
5 biji buah keras
6 tangkai cili kering
6 tangkai cili merah
1cm kunyit
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
Sedikit belacan
Garam
Cara membuat:-
Panaskan minyak dan tumis bahan giling hingga wangi dan
garing
Masukkan santan dan ayam yang dipotong kecil-kecil
Biar ia mendidih dan ayam empuk
Masukkan tauhu dan rasa garam baru diangkat
Celur mee dan tauge lalu toskan
Bubuh di pinggan mee, tauge, dan curahkan kuah
Bubuh sepotong limau dan jika kurang pedas boleh dibubuh
cili hiris
Tiada ulasan:
Catat Ulasan