Bahan-bahan:-
1.8kg beras siam
Air sejuk sama banyak beras
Garam
2 senduk minyak sapi
600g daging lembu
½ botol sos tomato
300g tomato
Bahan tumis:-
Bunga cengkih, bunga lawang, kayu manis
Bahan goreng:-
Bawang merah dimayang, biji gajus dibelah dua
Bahan giling:-
Jintan manis, jintan putih, cili kering, bawang merah,
bawang putih, halia
Cara membuat:-
Panaskan minyak sapi, tumiskan bunga cengkih, bunga lawang
dan kayu manis
Masukkan ramuan digiling, masak hingga garing
Masukkan daging (dipotong 5 ketul) sehingga keluar air,
masukkan air sejuk
Apabila air mendidih, masukkan garam, beras dan sos
tomato, kacau rata
Apabila masak dan hampir kering, masukkan tomato, kacau
perlahan-lahan dan masaklah seperti nasi biasa
Untuk hiasan di atas taburkan bawang dan biji gajus goreng
Nasi ini elok dimakan bersama salad timun
Tiada ulasan:
Catat Ulasan