Bahan untuk 2
pizza:-
200g daging cincang
200g sos tomato
1 biji bawang besar sederhana dicincang
1 labu bawang putih dicincang halus
½ camca teh daun selasih kering
½ camca daun oregano kering
¼ camca teh lada putih
1 tangkai cili hijau besar dicincang kecil
2 cawan keju mozarella (200g) diparut
¼ cawan keju Parmesan diparut
Cara membuat:-
Daging cincang digoreng hingga kekuningan, toskan minyak
Campurkan sos tomato, bawang besar dan bawang putih
cincang, daun selasih, daun oregano dan lada putih
Sediakan doh dan bahagikan kepada dua bahagian
Canaikan membentuk bulat 25cm dan letak di atas dulang
piza yang disapu minyak
Sapu minyak dan letakkan sos pizza tadi biar rata
Aturkan daging cincang, cili besar dan keju parut
Bakar 15 hingga 20 minit pada suhu 200 darjah Celcius atau
sehingga keju mendidih serta pastri kekuningan
Dohnya:-
1 bungkus ragi kering segera
¾ cawan air suam
½ camca teh gula
½ camca teh garam
4 camca besar minyak sayur
2 cawan tepung gandum
Cara membuat doh:-
Kacau ragi dalam air suam
Masukkan gula dan garam
Tuang ke dalam tepung yang disapu minyak sayur
Uli sehingga lembut 5 minit atau bancuhan tidak lagi
melekat di jari
Tiada ulasan:
Catat Ulasan