Isnin, 11 November 2013

PUDING BERSUSU KOKTEL

Bahan-bahan:-
60g agar-agar
8 cawan air
400g gula
3 biji putih telur
50g koko
1 camca teh kastard

Cara membuat puding:-
Masak agar-agar hingga mendidih dan cair baru masukkan 300g gula
Pukul putih telur dan 100g gula hingga kembang
Ambil sedikit agar-agar dan gaulkan koko hingga larut baru dimasukkan ke dalam agar-agar tanpa koko dan kacau hingga sebati
Masukkkan pula putih telur dan kacau rata menggunakan api perlahan
Apabila putih telur larut dalam agar-agar, masukkan kastard yang dicampurkan sedikit air
Biarkan agar-agar itu mendidih
Akhir sekali masukkan ke dalam acuan dan sejukkan

Bahan bersusu koktel:-
1 tin buahan koktel
1 tin susu cair
3 tin air
200g gula pasir
3 biji kuning telur
3 camca teh kastard

Cara membuat:-
Tapis buahan dan campurkan air buah itu bersama susu dan air
Masak hingga mendidih baru masukkan gula dan kacau hingga larut
Masukkan kuning telur yang dipukul sedikit demi sedikit
Campurkan kastard dengan sedikit air dan masukkan ke dalam susu, biarkan mendidih
Akhir sekali sejukkan di dalam peti sejuk
Apabila dihidangkan baru dimasukkan buah-buahan yang ditapis tadi


Tiada ulasan:

Catat Ulasan