Jumaat, 8 November 2013

PUDING JAGUNG SIRAP NENAS

Bahan-bahan:-
1 cawan tepung jagung
2 cawan santan
½ camca susu cair
5 camca besar gula pasir
½ biji nenas yang cukup masak
1 cawan air suam

Cara membuat:-
Masukkan tepung jagung dalam periuk kemudian bancuh dengan santan dan kacau hingga cair
Msaukkan gula 2 camca besar dan kacau lagi hingga gula hancur
Panaskan susu sebentar baru dituangkan kedalam periuk tadi
Masak di atas api dan kacau hingga pekat dan masak
Masuk ke dalam acuan dan sejukkan

Untuk sirap:-
Nenas dikupas, parut ambil airnya
Gula 3 camca tadi dicairkan dalam air suam dan jerang di atas api hingga mendidih
Kemudian angkat dan boleh dicampurkan dengan perahan air limau nipis
Apabila menghidangkan puding tadi, curah sirap nenas ini di atas puding


Tiada ulasan:

Catat Ulasan