Jumaat, 8 November 2013

KUIH GULUNG EMAS

Bahan-bahan kulit:-
250g tepung gandum
200ml air
2 biji telur ayam
¼ camca teh garam
Bancuh semua bahan seperti membuat telur dadar

Bahan isi:-
500g daging cincang
Sedikit halia, bawang putih, dan bawang besar
Rempah kurma
Campuran sayur ikut selera
Minyak untuk menumis
Tumis semua bahan ini seperti membuat inti karipap

Bahan luar:-
1 kotak serbuk roti
Telur secukupnya

Cara membuat:-
Masukkan bahan isi dalam adunan kulit tadi dan gulung kemas-kemas
Celupkan ke dalam telur dan gelekkan dalam serbuk roti
Goreng hingga garing, angkat dan hidangkan

Boleh dicicah dengan sos cili

Tiada ulasan:

Catat Ulasan