Jumaat, 8 November 2013

PUDING SRI MAS

Bahan-bahan:-
2 cawan nenas dalam tin dihiris halus
1 cawan sagu biji direndam hingga kembang
3 biji telur
1 cawan gula
1 cawan susu cair
2 camca sedang tepung kastard
1 camca teh vanila
Sedikit warna kuning dan garam

Cara membuat:-
Gaulkan sagu dan nenas bersama garam
Isikan campuran ini ke dalam mangkuk yang tahan panas dan kukus hingga masak
Pukul telur dan gula hingga rata baru dimasukkan susu, vanila, warna kuning, tepung kastard dan kacau rata
Apabila lapisan pertama masak, tuangkan ramuan telur tadi di atasnya dan kukus hingga masak
Sesudah masak, angkat dan boleh dihidangkan


Tiada ulasan:

Catat Ulasan