Jumaat, 8 November 2013

PUDING NUSANTARA

Bahan untuk kek A:-
80g tepung gandum
20g tepung jagung
100g gula halus
5 biji kuning telur
3 biji putih telur
50g air sejuk
60g mentega cair
1 camca sedang ovallete

Bahan untuk puding B:-
28g agar-agar
375ml air
1 ½ cawan gula
1 tin susu cair
4 biji putih telur
1 tin buahan koktel
Sedikit esen pisang

Cara membuat:-
Satukan bahan kek A kecuali mentega cair, pukul hingga kembang
Masukkan mentega cair, gaul ramas dengan tangan
Bahagi kepada dua acuan 25cm x 25cm dan bakar
Apabila masak potong jadikan 12 keping tiap loyang menjadikan jumlahnya 24 keping, ketepikan
Masak agar-agar bersama air hingga hancur baru masukkan gula dan kacau hancur
Apabila sudah hancur masukkan pula susu cair
Pukul putih telur dalam bekas lain hingga kembang dan keras
Msaukkan agar-agar yang sedang panas sedikit-sedikit ke dalam putih telur
Masukkan pula esen pisang dan pewarna hijau
Toskan buah-buahan koktel, cincang halus dan ketepikan
Masukkan 2 senduk agar-agar ke dalam acuan berukuran 22.5cm x22.5cm x 7.5cm
Apabila sudah hampir keras, ambil 6 keping kek tadi dan susun jarak 2.5cm dalam acuan tadi
Ambil lagi agar-agar,isi ke dalam lubang 2.5 cm tadi dan bubuh buahan koktel tadi
Bubuh agar-agar lagi
Buat hingga habis secara berselang seli seperti langkah awal tadi


Tiada ulasan:

Catat Ulasan