Isnin, 4 November 2013

RENDANG UDANG

Bahan-bahan:-
600g udang basah
2 batang serai
4 helai daun kunyit
38g cili kering
Segenggam kelapa parut
2 cawan santan pekat
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Garam

Cara memasak:-
Udang dibasuh, dibersih dan ditoskan
Cili kering ditumbuk lumat bersama sedikit serbuk kunyit
Ambil kelapa parut, tumbuk bersama cili padi, serai, bawang merah, bawang putih hingga lumat
Kunyit dimayang halus
Gaulkan bahan yang ditumbuk tadi dengan udang hingga rata
Masukkan udang yang digaul dalam periuk, baru tuangkan santan, asam gelugur, garam serta daun kunyit yang dimayang
Jerang periuk atas dapur dan masak hingga mendidih
Angkat dan hiaslah ikut suka


Tiada ulasan:

Catat Ulasan