Isnin, 4 November 2013

KERUTUK AYAM

Bahan-bahan:-
1 ekor ayam
4 camca makan ketumbar
1 camca makan lada sulah
10 biji lada kering
1 genggam bawang merah
4 ulas bawang putih
2 senduk minyak kelapa
3 keping asam gelugur
2 cawan santan
2.5cm kulit kayu manis
6 tangkai cili merah dan hijau
2 biji tomato

Cara memasak:-
Rempah digiling lumat, ayam dibersihkan dan dipotong empat
Panaskan kuali dan tumiskan bahan giling tadi hingga garing
Masukkan santan, asam, lada dan tomato dan dikacau likat
Akhir sekali masukkan ayam, biarkan sebati baru diangkat dan hidangkan


Tiada ulasan:

Catat Ulasan