Jumaat, 1 November 2013

ROJAK TIMUN DAN NENAS

Bahan-bahan:-
1 biji timun dipotong dadu
½ biji nenas dipotong dadu
1 camca besar sambal belacan
2 camca besar udang kering
2 camca besar kacang tanah goreng ditumbuk
1 camca teh cuka
Garam dan gula secukup rasa

Cara membuat:-
Cuci udang kering, rendam dalam air mendidih 10 minit, toskan dan tumbuk
Campur semua sayuran, udang kering, kacang tumbuk, cuka, garam dan gula mengikut rasa

Hidangkan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan