Jumaat, 1 November 2013

SAMBAL UDANG BERTAUCU

Bahan-bahan:-
300g udang dibersihkan
10 tangkai cili hijau dihiris serong
1 ½ camca besar taucu ditumbuk
½ camca besar bawang putih ditumbuk
2 ½ camca besar minyak
1 camca besar air

Perasa:-
1 ¾ camca teh gula
½ camca teh lada sulah
¼ camca kicap hitam
¼ camca teh serbuk perasa

Cara membuat:-
Panaskan minyak, goreng bawang putih hingga wangi
Masukkan taucu dan tumis sehingga wangi
Masukkan udang, goreng tiga minit
Masukkan cili hijau, semua perasa dan air
Goreng hingga semua sebati selama empat minit

Angkat dan hidangkan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan