Selasa, 26 November 2013

STIK IKAN BERMUSTARD

Bahan-bahan:-
1 keping ikan tenggiri/senangin seberat 115g
1 biji bawang besar dipotong bulat
3 camca besar mentega
1 camca teh serbuk mustard(biji sawi)
2 camca besar tepung ubi
1 cawan susu cair
¼ camca teh garam
1/8 camca teh lada putih
1/8 camca teh lada hitam

Cara membuat:-
Panaskan periuk dan masukan mentega dan ikan, masak 3 minit
Ikan dikalihkan dan dimasak lagi 3 minit
Angkat ikan dan letakkan di dalam pinggan
Masukkan bawang ke dalam periuk berisi mentega dan panaskan 4 minit sambil dikacau
Angkat bawang goreng dan diletakkan di samping ikan tadi
Cairkan mustard bersama ¼ cawan air dan masukkan ke dalam periuk bermentega tadi
Panaskan sehingga mendidih, kecilkan api baru masukkan garam dan susu, kacau
Sediakan tepung ubi yang dicampur sedikit air
Masukkan tepung perlahan-lahan sambil dikacau sehingga sos sebati dan tidak bergentel baru diangkat


Tiada ulasan:

Catat Ulasan