Selasa, 26 November 2013

STIK SALISBURY

Bahan-bahan:-
500g daging cincang
2 biji bawang besar dicincang
½ cawan serbuk roti
1 biji telur
1 camca teh prepared mustard
Sedikit sos tobasco atau sos cili
Garam dan lada hitam secukup rasa

Cara membuat:-
Campur semua bahan dan uli sebati
Bahagi dan bentuk dengan tangan basah (supaya tidak melekat) dan simpan di dalam peti sejuk sebelum dipanggang

Sos putih asas:-
25g mentega
25g tepung gandum
300ml susu
Garam dan lada hitam

Cara membuat:-
Cairkan mentega di atas api sederhana
Masukkan tepung (taburkan perlahan-lahan) dan kacau sehingga tidak berbuih
Dengan perlahan-lahan masukkan susu sejuk dan terus kacau hingga mendidih

Masukkan bahan-bahan perasa dan tapis

Tiada ulasan:

Catat Ulasan