Jumaat, 1 November 2013

TAT UBI KAYU

Bahan-bahan:-
600g ubi kayu dipotong kecil
10 camca besar pati santan

Inti:-
¼ biji kelapa parut putih
1 ½ camca besar gula melaka yang dicincang
1 ½ camca besar gula pasir
1 ½ camca besar air
3 helai daun pandan

Cara membuat:-
Rebus ubi kayu,apabila empuk lecekkannya sehingga halus
Campurkan pati santan dan garam lalu dikacau rata
Terapkan ubi menggunakan penerap berbentuk hati

Cara membuat inti:-
Cairkan gula melaka dan gula pasir dengan air di atas api kecil
Apabila sudah hancur, masukkan kelapa parut dan daun pandan
Kacau sehingga campuran pekat

Bentukkan bulat-bulat dan letak di tengah tat ubi kayu tadi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan