Jumaat, 1 November 2013

BUBUR GANDUM

Bahan-bahan:-
125g biji gandum direndam sekurangnya 4 jam
6 cawan air
¾ gula melaka dicincang
110g gula pasir
5 helai daun pandan
1 cawan santan pekat
½ camca teh garam
2 camca besar susu cair

Cara membuat:-
Basuh biji gandum dan tapis
Rebus dengan air dan daun pandan sehingga biji gandum lembut
Masukkan gula melaka dan gula pasir
Apabila gula hancur, masukkan santan, susu cair dan garam
Apabila mendidih, padamkan api dan hidang panas atau sejuk


Tiada ulasan:

Catat Ulasan