Jumaat, 8 November 2013

TEMPE GORENG

(untuk 5 orang)
Bahan-bahan:-
500g tempe
200g tepung gandum
150g tepung beras
½ liter minyak untuk menggoreng

Bahan rempah:-
2 ulas bawang putih digiling halus
Daun bawang dihiris halus
Sedikit ketumbar digiling halus
Garam secukup rasa

Cara membuat:-
Tempe dipotong nipis leper dan jemur sebentar
Tepung beras dan tepung gandum digaulkan bersama semua bahan rempah
Panaskan minyak menggunakan api sederhana
Tempe yang dijemur tadi dicelup dalam adunan tepung dan goreng satu persatu
Tempe ini enak dimakan panas-panas bersamna cili padi


Tiada ulasan:

Catat Ulasan