Bahan-bahan:-
1 ekor ayam
muda,dipotong empat
1 biji kelapa,
diambil santannya
1 ½ camca besar
ketumbar
1 camca teh jintan
manis
½ biji buah pala
½ inci kayu manis
10 tangkai cili
kering
5 biji buah keras
¼ camca teh serbuk
kunyit
10 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2cm halia
10 biji bawang
merah dimayang untuk ditumis
1 biji kubis
kecil,dibelah empat
Sedikit garam dan
asam
Cara memasak:-
Giling/tumbuk
ketumbar, jintan manis, buah keras, kulit kayu manis, cili kering, buah pala,
serbuk kunyit, bawang merah, bawang putih dan halia
Panaskan minyak
dalam periuk, goreng bawang yang dimayang hingga kuning
Masukkan rempah
yang digiling/ditumbuk tadi
Kacau
sekejap,apabila telah wangi baru dimasukkan ayam
Kacau dan biarkan
sekejap, baru dimasukkan santan
Masak sehingga
hampir kering, baru dimasukkan kubis yang dipotong empat
Biarkan masak
hingga kuahnya agak pekat, barulah diangkat dan dihidangkan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan