Khamis, 17 Oktober 2013

SOTONG BERISI

Bahan-bahan:-
10 ekor sotong
12 ekor udang
8 biji lada merah
1 ½ cawan santan
2 batang serai
2 biji buah keras
Sehiris lengkuas
5 biji bawang merah
Sedikit belacan
Sedikit garam
Secubit lada hitam

Cara memasak:-
Sotong dipisahkan kepala dan dibersihkan tanpa dipotong dan dibuang kepalanya
Udang dibuang kulit,basuh dan gaul dengan garam dan lada hitam
Masukkan udang  didalam sotong dan dipasangkan kepalanya semula
Serai, lengkuas, belacan, lada merah, buah keras dan bawang digiling halus/ditumbuk lumat
Panaskan minyak dalam kuali dan goreng sotong  sehingga kekuningan
Setelah kekuningan masukkan bahan yang digiling/ditumbuk tadi dan kacau sehingga garing
Masukkan santan dan garam(boleh ditambah sedikit air asam mengikut selera sendiri)

Masak sampai pekat dan hidangkan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan