Bahan-bahan:-
500g daging kambing
2 ulas bawang putih
1 biji limau nipis
1 camca teh garam
2cm halia
2 biji bawang besar
1 camca besar biji
gajus
1 camca besar susu
masam
1 camca besar daun
ketumbar (ditumbuk)
1 camca besar
serbuk cili
2 camca besar
minyak
1 camca besar cuka
1 camca teh gula
Bahan untuk
ditumbuk:-
2 batang kayu manis
5 biji buah pelaga
3 kuntum bunga
cengkih
1 biji buah pala
1 cmaca besar
serbuk lada hitam
Bahan untuk sos:-
1 cawan susu masam
¼ cawan bawang
cincang
¼ cawan daun pudina
dicincang
1 biji lada hijau
1 camca teh bijan
1 camca teh garam
Cara memasak:-
Daging kambing
dipotong berbentuk dadu
Bawang besar
diparut,diperah dan ambil airnya sahaja
Limau diperah,
ambil airnya dan dicampurkan dengan air bawang tadi
Bawang putih dan
biji gajus ditumbuk hingga lumat ,lumurkan pada daging
Masukkan daging
dalam bekas bersama bahan yang ditumbuk, air limau dan bawang,susu masam,
minyak dan lain-lain bahan.
Gaul hingga rata
dan perapkan seketika
Daging dicucuk pada
besi pemanggang dan dipanggang sehingga masak
Cara menyediakan
sos:-
Daun pudina, cili
hijau, dan bawang dicincang. Campurkan dengan semua bahan untuk sos dan digaul
rata
Daging panggang
yang siap dipanggang dicicah dengan sos ini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan